Kamis, 26 Juli 2018

Makna Hajar Aswad


HAJAR ASWAD

Oleh Mahlail Syakur Sf.

“Hajar Aswad adalah batu yang berasal dari syurga dibawa oleh malaikat Jibril kepada Nabi Ibrahim as untuk membina Kaabah. Pada mulanya ia berwarna lebih putih dari susu, tetapi akibat sentuhan dosa anak-anak Adam, warnanya telah menjadi hitam. Semasa bertawaf, cium dan usaplah (Istilam)… dan jika tidak berkesempatan, cukuplah hanya sekadar melambainya dari jauh. Lebih elok dilakukan setiap pusingan jika mampu”, kata seorang ustaz kepada jemaahnya dalam proses pembelajaran tata-cara berhaji (sambil merujuk kepada hadis riwayat Imam Tirmidzi dan an-Nasa’i).
Sambungnya lagi dengan memetik sebuah hadis yang menceritakan keutamaan Hajar Aswad yang berbunyi; Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Rasulullah SAW bersada, “Demi Allah, Allah akan membangkit hajar Aswad ini pada hari qiyamat dengan memiliki dua mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berbicara. Dia akan memberikan kesaksian kepada siapa yang pernah mengusapnya dengan hak.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Ad-Darimi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Asbahani).“Hajar bererti ‘Batu’, Aswad pula bermakna ‘Hitam’. Hajar Aswad atau Batu Hitam ditempatkan pada salah satu penjuru Kaabah yang dinamakan ‘Rukun Hajar Aswad’…tempat permulaan tawaf…”.Kelancaran kuliah ustaz tadi terhenti seketika apabila salah seorang dari jemaah yang hadir bangkit bertanya soalan, “Apakah perbuatan mencium, mengusap ataupun melambai Hajar-ul-Aswad ada disuruh oleh Nabi saw? Bukankah ia menyerupai ritual kaum penyembah berhala?”Ustaz berkenaan dengan tenang tapi tegas menjawab; ‘Dalil jawapan bagi persoalan pertama boleh dilihat dari hadis yang diriwayatkan dari Imam Bukhari (dari Zubair bin Arabi), ia berkata, “Ada seorang laki-laki bertanya kepada Ibnu Umar tentang menyentuh Hajar (Aswad), lalu ia menjawab, 'Saya melihat Rasulullah menyentuh dan menciumnya…”‘Bagi persoalan kedua… kita perlu melihat pada contoh yang ditunjukkan oleh Saidina Umar ra, ketika Khalifah Umar al-Khattab ingin mencium batu tersebut, beliau telah berkata-kata, “Demi Allah, aku tahu bahwa engkau hanyalah sebongkah batu, seandainya aku tidak melihat Rasulullah menciummu, niscaya aku tidak akan menciummu”. Kemudian Umar berkata lagi, “Sesuatu yang diperbuat oleh Nabi, maka kami tidak senang untuk meninggalkannya” (rujuk Shahih Bukhari dan Muslim).Jawabnya lagi, “Mencium, mengusap atau sekadar melambai Hajar Aswad adalah semata-mata atas kecintaan dan keyakinan terhadap sunnah Nabi saw, bukannya atas sebab keyakinan terhadap batu itu sendiri. Walaupun tidak ada suruhan jelas dari Nabi saw, tetapi apabila antara insan paling dekat dengan Baginda iaitu Umar juga melakukannya, maka apakah kelayakan kita untuk mempersoalkannya? Siapakah yang lebih faham tentang Haji, kita atau sahabat Nabi?”.Di akhir seesi pembelajaran, ustaz tadi menutup kuliahnya dengan satu peringatan pendek, katanya, “menurut metodologi mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, aqal harus tunduk kepada naqal (hadis). Bila ada dalil, persoalan-persoalan yang ditimbulkan akal tidak lagi relevan. Kita tidak mahu menjadi orang yang bertuhankan akal!”.Jemaah yang bertanya tadi berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Dia kini tahu perbuatan itu ada dalilnya menurut hadis. Persoalan-persoalan lain yang timbul dimindanya tidak lagi dihiraukan kerana menurut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, aqli harus tunduk pada naqli (hadis).Sememangnya ritual Hajar Aswad telah menjadi sesuatu yang dipandang penting dalam urusan Haji walaupun ianya diketahui bukan antara syarat-syarat sah berhaji. Tanpa ritual simbolik Hajar Aswad, haji seolah-olah dirasakan tidak lengkap. Hampir keseluruhan jemaah Haji yang bertawaf akan cuba sedaya-upaya berebut untuk merapati Hajar Aswad semampu yang mungkin.Bagaimana tidak? kerana melakukannya adalah diyakini bercontohkan dari Nabi saw melalui hadis-hadis diatas. Malah ada sebuah hadis lagi yang diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, yang berbunyi, “Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari surga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat sekarang ini. Kamu tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikmatilah batu itu selama kamu masih mampu menikmatinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempatnya semula” (HR Al-Azraqy).Seorang pengembara muslim yang terkenal, Ibnu Jubayr (1145-1271) dari Valencia pernah menggambarkan pengalaman emosi yang dirasainya ketika menyentuh Hajar Aswad, katanya; ‘Batu itu bila dicium, boleh dirasai kelembutan dan kesegarannya, sehinggakan sesiapa yang melekapkan bibirnya pada batu itu, tidak akan mahu mencabutnya kembali’.Walau bagaimana ‘istimewanya’ sekalipun Hajar Aswad, ulama ASWJ sentiasa mengingatkan umat Islam supaya tidak terkeliru pemikiran dengan ritual terhadapnya. Umat Islam ditekankan dengan kepentingan menyedari bahwa Hajar Aswad itu hanyalah batu yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan mahupun kebaikan kecuali dengan izin Allah SWT.Ulama ASWJ mengajar bahawa Istilam atau melambai kepada batu hitam itu hanyalah semata-mata sebagai ‘wujud ketaatan kepada Tuhan dengan mencontohi sunnah Rasul-Nya’. Kata mereka, Rasulullah saw sendiri pernah menunjuk Hajar Aswad dengan tongkat Baginda – sambil merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, ‘bahawa Nabi mengerjakan Tawaf mengelilingi Ka’bah dengan menunggang seekor unta pada ibadah haji terakhir dan menyentuh hajar aswad dengan tongkatnya’ (Sahih Bukhari).
Jemaah Haji juga diperingatkan bahwa walaupun ‘mencium Hajar Aswad adalah sunnah, tapi menyakiti orang lain atau menyakiti diri sendiri adalah terlarang. Oleh sebab itu, dalam hal mencium Hajar Aswad tidak perlu terlalu memaksa diri jika tidak berkemampuan atau dalam keadaan berdesakan, terutamanya bagi kaum wanita. Selain membahayakan kesihatan, ia juga boleh mengakibatkan pertengkaran dan melanggar aturan hubungan antara kaum laki-laki dan perempuan yang bukan muhrim (rujuk Fiqh-us-Sunnah, Sayyid Sabiq).
Dari Umar bin Khattab, bahwa Rasulullah saw. bersabda kepadanya: “Hai Abu Hafsh, engkau adalah seorang laki-laki kuat, maka janganlah engkau berdesakan di sudut (Hajar Aswad), karena engkau bisa menyakiti orang yang lemah. Tapi apabila engkau mendapati sepi maka beristilamlah, dan kalau tidak maka bertakbirlah dan berlalu”(H R. Ahmad).
Samada peringatan di atas efektif atau tidak di kalangan jemaah haji, kita hanya perlu melihat pada senario pengalaman berhaji dalam dunia muslim pada hari ini.
Akan tetapi bagi umat Islam yang tidak terikat kepada metodologi pemikiran ASWJ (aqal harus tunduk pada naqal), justifikasi jawapan ulama’ mengenai ritual Hajar Aswad dilihat tidak dapat memenuhi pertanyaan-pertanyaan yang ditimbulkan minda mengenai kesahihan pengamalannya. Umat Islam yang memahami ajarannya menerusi peranan akal dan hati melihat praktik ini tidak Islamik walaupun terdapat hadis-hadis sebagai dalilnya.Metodologi pemikiran sebegini sebenarnya sejalan dengan petunjuk al-Quran yang mengajar manusia untuk tidak mengunci akal dan hati, serta sentiasa berfikir dan merenung diri dan alam kehidupan ciptaan-Nya bagi meningkatkan kematangan pemahaman mengenai Islam.‘..dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya’ (An-Nasr:100).Al-Kalam Al-Qura’ni (Teologi al-Quran) memperingatkan kita supaya tidak mengabai keterikatan antara Teologi Alam atau ‘Theology of Nature’ dengan Teologi Alamiah atau ‘Natural Theology’. Perlu ada keseinambungan antara ‘memahami alam menerusi wahyu’ (Teologi Alam) dan ‘memahami wahyu menerusi alam’ (Teologi Alamiah), sebagaimana ‘aqal berpandu naqal’ dan ‘naqal diinspirasi akal’. Ia seperti perhubungan spiritual dan fizikal, atau antara metafizik dan sains;- ia saling memerlukan untuk evolusi kematangan serta kemajuan pemikiran dan pengetahuan.Rasulullah saw tidak mahu umatnya menjadi seperti keldai memikul kitab, iaitu mengabai fungsi akal dan hati dalam memahaminya serta menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Dia perlu ada kesedaran akal dan hati terhadap perlakuannya.‘Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal..’ (al-Jumuah:5).Berdasarkan perspektif al-Quran, jika minda mula mencurigai ritual Hajar Aswad sebagai sebahagian dari ajaran Islam, ia sebetulnya memerlukan jawapan-jawapan bagi mententeramkannya. Kajian-kajian ilmu dan pengetahuan di luar kotak pemikiran hadis perlu juga diterokai, samada dari sudut sains mahupun sejarah (termasuk penemuan arkeologi).

-- MS2F --

Tidak ada komentar: